RM 10 Juta Diperlukan Untuk
Pembinaan Bangunan Baru
Masjid Hidayatul Muttaqin
Dengan RM20 Anda Sudah Mampu Membantu
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Rasulullah SAW bersabda;
Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bangunan baru Masjid Hidayatul Muttaqin perlu dibina segera bagi menampung pertambahan jumlah kariah Kampung Bukit Lanchong Putra Height saban tahun.
Pembinaan bangunan baru masjid ini amat mendesak bagi membolehkan 3000 jemaah berkumpul dalam satu masa, dan menggantikan masjid lama yang hanya boleh menampung sekitar 1000 orang jemaah sahaja.
Lebih menyedihkan masjid sedia ada yang berusia hampir 40 tahun ini tidak mampu lagi menampung pertambahan jemaah dan kariah yang semakin meningkat sekaligus mengundang ketidak selesaan ketika melakukan solat dan aktiviti keagamaan lain di situ.
"Kami bimbang aktiviti keagamaan untuk masyarakat di sini tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana masalah ruang yang kecil dan kekurangan kemudahan fasiliti untuk orang ramai,".
Justeru, dana RM10 juta perlu dikumpul segera bagi tujuan untuk menampung kos kerja awalan, kos kerja pendawaian, cerucuk dan kos kerja luar jangka.
Siapnya bangunan baru Masjid Hidayatul Muttaqin yang lengkap dengan kemudahan fasiliti ini pasti dinantikan ramai umat Islam terutama jemaah yang terpaksa menggunakan ruangan tambahan yang kurang selesa bagi melaksanakan Solat Jumaat, Solat Hari Raya atau majlis-majlis besar masjid.
Tanah dua ekar untuk pembangunan masjid baru ini sebahagiannya adalah wakaf dari seseorang yang berhati mulia Tuan Haji Md Zin Bin Samingan, namun beliau tidak sempat melihat Rumah Allah ini dibina kerana terlebih dahulu dijemput Illahi.
"Jadi marilah kita menyambung perjuangan beliau untuk melihat tempat berkumpul Umat Islam di Kampung Bukit Lanchong dibina dan diimarahkan,".
Menyumbanglah hari ini, tanpa bertangguh semoga dikembalikan balasan bersedekah ketika dunia semakin menghampiri penghujungnya, dan ganjaran yang besar di sisi Allah kelak Amiiin.
Dana Diperlukan RM10 Juta
Jumlah Kutipan Terkini (sehingga Feb 2023)
RM263,000
Dengan RM20 Anda Sudah Mampu Membantu
Dana Diperlukan RM10 Juta
Jumlah Kutipan Terkini (sehingga Feb 2023)
RM263,000
Dengan RM20 Anda Sudah Mampu Membantu